Adakah makanan Halal?
Tiga Budak Gemok adalah perniagaan yang diasaskan dan dimiliki oleh warga Muslim. Pekerja di setiap cawangan kami juga adalah Muslim. Setiap pembekal bahan kami kesemuanya mempunyai sijil Halal yang sah. Makanan di setiap cawangan juga disediakan secara bersih dan segar setiap hari.

Adakah 3BG sebuah perniagaan yang sama?
Untuk pengetahuan am, pada awalnya TIGA BUDAK GEMOK dikenali sebagai jenama 3bg atau 3budakgemok, seperti logo lama yang masih dipaparkan di cawangan, packaging dan juga aktiviti pemasaran tertentu.

Namun, ada jenama lain yang mula menawarkan menu sama seperti TIGA BUDAK GEMOK yang guna nama dan logo menyerupai jenama kami, tetapi resipi dan kualiti sangat berbeza.

Untuk elakkan kekeliruan berlaku, pada awal Mac 2021, pihak kami telah bermula melaksanakan aktiviti “rebranding” atau penjenamaan semula dengan pengeluaran logo baharu yang ada perkataan TIGA BUDAK GEMOK serta wajah tiga beradik di logo.

Bagi mengelakkan kekeliruan, sila rujuk senarai cawangan rasmi TIGA BUDAK GEMOK @ halaman CAWANGAN.

Kami mohon kerjasama semua supporters TIGA BUDAK GEMOK dengan pihak kami untuk menghasilkan aktiviti rebranding 100%. Terima kasih atas sokongan anda! Teruskan support TIGA BUDAK GEMOK original! #pastikanoribarubeli

Di manakah lokasi Tiga Budak Gemok?
Cawangan kami terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor dan baru-baru ini di Melaka. Untuk mencari cawangan Tiga Budak Gemok berdekatan anda, sila rujuk halaman CAWANGAN.

Boleh tak kalau nak mintak sambal untuk kurang pedas atau lebih pedas?
Tidak buat masa ini.

Saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak dijawab di sini.
Sila hubungi kami di halaman HUBUNGI KAMI.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di +6011-1264 4739 untuk bantuan lanjut.

Bagaimana saya nak membuat pesanan di web?

Untuk pembelian di web, sila klik pautan http://bit.ly/TBGMenu

Langkah 1: Pilih menu daripada pilihan ayam atau daging Nasi Tiga Budak Gemok
Langkah 2: Pilih sama ada makanan di ambil sendiri atau di hantar rider Tiga Budak Gemok
Langkah 3: Isikan alamat untuk penghantaran
Langkah 4: Pilih tarikh & masa untuk pengambilan atau penghantaran
Langkah 5: Tambah ke troli *Tiada minimum order
Langkah 6: Pilih cara bayaran
Langkah 7: Terus klik ORDER
Langkah 8: Anda akan terima nombor ORDER
Langkah 9: Tunggu & bersedia untuk menikmati hidangan anda!

*Jika berlaku sebarang kesulitan, hubungi kami di +6011-1264 4739

Apakah pilihan pembayaran yang ada melalui pesanan web?
Pada masa ini, mod pembayaran kami hanya menerima pilihan berikut:
1. Penghantaran secara tunai (COD)
2. Pemindahan Bank (Debit/ Credit)

Jika saya mahu membatalkan pesanan saya, apa yang perlu saya lakukan?
Order yang telah diterima, tidak boleh dibatalkan. Jika order anda masih belum diterima, anda boleh menghantar permintaan untuk pembatalan order di nombor +6011-1264 4739 untuk bantuan lanjut.

Bagaimanakah saya akan tahu bila pesanan laman web saya telah diterima?
Sebaik sahaja order diterima, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran. Sila semak folder “Spam” atau folder “Junk e-mel” untuk memastikan bahawa e-mel kami tidak ditapis.

Apakah jenis perkhidmatan penghantaran makanan yang digunakan?
Kawasan KUALA LUMPUR
• Rider Tiga Budak Gemok (Cawangan HQ Wangsa Maju)

Kawasan KUALA LUMPUR dan SELANGOR
• Lala Move (Pembelian dari order.tigabudakgemok.com.my)
• Bungkusit

Kawasan PENANG
• PikaFood

Semua cawangan di SEMENANJUNG MALAYSIA
• GrabFood
• FoodPanda

Sekiranya saya berada di luar kawasan KL / Selangor, bagaimanakah saya masih boleh memilih perkhidmatan penghantaran?
Boleh gunakan aplikasi GrabFood dan FoodPanda atau PikaFood bagi kawasan sekitar Penang.

Berapa lama perlu saya tunggu sehingga pesanan sampai?
Sila buat pesanan 1 jam sebelum waktu penghantaran (rancang masa penghantaran pesanan anda dalam masa 90 – 120 minit sebelum penghantaran).

Boleh ke saya telefon untuk membuat pesanan dan terus ambil dari mana-mana cawangan? (untuk mengelakkan beratur panjang)?

Boleh, tetapi buat masa ini hanya terdapat di kawasan KL & Selangor. Sila layari order.tigabudakgemok.com.my dan pilih ‘Pickup’ untuk pengambilan sendiri.

Bolehkah anda memenuhi acara besar seperti perkahwinan?
Ya, boleh rujuk di halaman HUBUNGI KAMI.

Adakah terdapat apa-apa pakej istimewa jika saya membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak (Majlis keramaian/ sambutan hari lahir)
Ya, boleh rujuk di halaman HUBUNGI KAMI.

Adakah harga sama di semua kedai?
Harga berbeza mengikut cawangan atas faktor kos penghantaran dan pembungkusan yang berbeza.

Bolehkah saya pesan Nasi dengan telur dan sambal sahaja?
Tidak, tetapi anda boleh menambah nasi atau telur atau sambal atau ayam atau semua atas pesanan menu utama.

Adakah semua menu tersedia setiap hari?
Ya, sementara stok ada untuk setiap cawangan.

Adakah semua cawangan beroperasi setiap hari?
Waktu operasi adalah berbeza mengikut setiap cawangan. Sila periksa waktu operasi yang ditetapkan di halaman CAWANGAN.

Waktu operasi mungkin berbeza berdasarkan SOP PKP, PKPP dan PKPB yang ditetapkan kerajaan Malaysia.