Daging Kicap Tiga Budak Gemok

Daging Kicap

Selain dari ayam masak kicap, menu pilihan ramai rakyat Malaysia adalah menu Daging Masak Kicap. Satu menu yang turut dimasak menggunakan pelbagai variasi resepi yang berbeza-beza bagi setiap negeri.

Pasti setiap suri rumah sudah biasa dengan menu ini terutamanya di bulan Ramadan untuk dibuat sahur kerana menu ini sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk setiap peringkat umur. Tak kurang juga yang memilih untuk menyajikan menu ini kepada anak-anak.

Resepi Daging Masak Kicap kami terhasil dari permintaan pelanggan yang menginginkan pilihan lain selain dari ayam. Seperti menu ayam kicap viral Tiga Budak Gemok kami, menu ini juga disediakan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan segar.

Pelbagai Resepi Daging Kicap

Pelbagai resepi daging masak kicap dari yang ringkas dan mudah hingga kepada resepi yang menggunakan bahan-bahan yang banyak dan membawa kepada terhasilnya menu masakan daging masak hitam. Terdapat versi resepi yang menggunakan kaedah goreng daging dahulu sehingga garing dan kemudiannya digaul bersama kuah kicap. Ada juga versi yang menggunakan kaedah menggaul dan memasak semua bahan serentak seolah-olah merendang.

Daging Kicap Yang Sedap

Pemilihan kicap yang sedap dan berkualiti tinggi sangat penting bagi menghasilkan masakan daging masak kicap yang enak. Kami sentiasa memilih untuk menggunakan kicap premium berkualiti tinggi di dalam setiap hidangan kami.

Daging segar dan berkualiti juga akan mempengaruhi hasil masakan kerana penggunaan daging bahagian yang liat, sudah pasti akan membantutkan selera. Daging yang paling sesuai digunakan ialah daging batang pinang yang lembut dan sesuai untuk digoreng. Penggunaan daging bahagian yang lebih liat memerlukan langkah penyediaan tambahan iaitu daging mestilah direbus terlebih dahulu sehingga empuk sebelum digoreng.

Kombinasi menu daging masak kicap dengan ulaman timun dilengkapi dengan sambal gesek power dan dihidangkan bersama nasi panas pasti memikat selera penggemar menu masakan daging.

Semua menu kami tersedia untuk penghantaran/delivery terus ke rumah dan pejabat. Klik link untuk penghantaran.

© 2021 Tiga Budak Gemok Original. TIGA BUDAK GEMOK SDN. BHD. 201901019073 (1328402-M). All Rights Reserved.

Privacy Preference Center