Kakak Abang Adek Tiga Budak Gemok
Kenapa 3 budak gemok?

3 Budak Gemok diasaskan oleh tiga orang adik-beradik yang sangat suka makan nasi dengan lauk ayam kicap dan sambal yang pedas dari sejak kecil lagi. Asal di tanya nak makan apa, 3 beradik ini sepakat nak makan nasi dengan lauk ayam kicap. Makanan kegemaran ini terus kekal menjadi pilihan hingga mereka dewasa.

Kenangan bersama masakan ibu, memberikan ilham kepada tiga beradik ini untuk menjual makanan kegemaran mereka. Pada asalnya ia adalah menu makanan harian mereka sendiri.

Viral nasi ayam kicap

Cubaan menjual mendapat sambutan dari rakan-rakan dan pelanggan. Kemudian tiga beradik ini berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi. Tak disangka-sangka rezeki menyebelahi mereka dan kini menu istimewa ayam kicap mereka menjadi viral ke seluruh Malaysia. Ramai pelanggan mula beratur untuk mendapatkan menu masakan mereka dan akhirnya fenomena viral nasi ayam kicap tiga budak gemok tercetus.

Dari satu kedai makan ke kedai makan kedua dan kini 15 cawangan dibuka di seluruh semenanjung Malaysia. Cawangan mereka terdiri dari restoran atau kedai makan, kiosk dan juga food court.

Pilihan nama

Nama 3 BUDAK GEMOK berasal dari tiga adik-beradik yang berbadan comel-comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek. Kecomelan dan ramah mesra mereka terhadap pelanggan memberikan gelaran kepada perniagaan mereka yang sebelumnya belum memiliki nama. Panggilan unik ini memberi perbezaan dan menyebabkan pelanggan sangat mudah ingat kepada menu mereka yang sedap. Akhirnya tiga beradik ini memilih untuk menggunakan nama tiga budak gemok sebagai nama perniagaan mereka.

Resepi turun-temurun ini merupakan lauk kegemaran tiga beradik sejak dari tahun 1989!
Dari nenek diwarisi ibu lalu turun ke kakak kemudian turun ke abang dan akhirnya turun ke adik, resepi warisan ini kini di bawa ke seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk singgah dan nikmati sendiri kelazatan menu ayam kicap atau daging kicap dengan sambol power kami atau order sahaja penghantaran/delivery terus ke rumah dan pejabat melalui https://tigabudakgemok.oddle.me/en_MY/ (untuk sekitar KL).

© 2021 Tiga Budak Gemok Original. TIGA BUDAK GEMOK SDN. BHD. 201901019073 (1328402-M). All Rights Reserved.

Privacy Preference Center