Sambal Gesek Power Tiga Budak Gemok

Sambal Gesek Power

Menjadi satu kewajiban rakyat Malaysia, nak makan mesti ada sambal! Tak sah jika kedai makan tidak menyediakan menu sambal. Boleh dikatakan setiap kedai makan pasti ada sambal atau setidak-tidaknya cili sos yang juga sebenarnya adalah salah satu sambal moden. Untuk 3 Budak Gemok, Sambal Gesek Power.

Sebut sahaja sambal, terdapat bermacam-macam sambal dengan pelbagai variasi resepi di seluruh Malaysia. Sambal belacan Penang, sambal bilis, sambal hitam belimbing yang sebelum ini pernah viral, sambal kicap yang terkenal dari johor, sambal tempoyak dan banyak lagi. Dilembah Kelang dan kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Cyberjaya, disinilah tempat berkumpul semua jenis sambal dari seluruh Malaysia termasuk dari Johor dan Penang.

Sambal Gesek Pedas

Pilihan kami, Sambal Gesek Power! Sambal power kami yang pedas berdesing sesuai untuk mereka yang suka pedas! Cili Gesek gabungan 3 jenis CILI PADI paling power!

Sambal gesek mengambil nama dari kaedah yang digunakan dalam penghasilan sambal ini iaitu dengan menggesek cili dan bahan lain menggunakan alat gesek khas. Ini berbeza dengan sambal belacan yang biasanya menggunakan batu lesung untuk menumbuk. Tidak sama dengan sambal giling yang menggunakan batu giling, sambel gesek perlu menggunakan alat menggesek sambal.

Penggunaan alat yang berbeza menghasilkan tekstur sambal yang berbeza. Kebiasaannya sambal yang dibuat menggunakan kaedah gesek, tekstur bahan lebih kasar dan terasa bila dimakan. Berbanding sambal yang menggunakan kaedah lain yang biasanya lebih hancur dan lumat.

Kaedah gesek juga akan mengeluarkan aroma dan rasa unik setiap bahan yang digunakan. Ini berbeza dengan kaedah seperti mesin pengisar yang akan menyebabkan rasa dan aroma bercampur sebati. Perbezaan kaedah ini akan memberikan keunikan rasa sambal gesek.

Sambal Sedap

Pertama, kunci kepada keunikan sambal gesek kami adalah kesemua bahan untuk sambal gesek power kami ini akan digoreng sempurna di dalam minyak panas yang banyak secara deep fried. Kaedah ini akan menghasilkan sambal gesek yang sedap dan penuh aroma.

Kedua, sambal gesek power kami, seperti namanya yang power, wajib mesti di buat pedas dan sedap. Pasti berpeluh-peluh dan gatal kepala sewaktu menjamu hidangan kami. Untuk yang takut pedas, jangan risau, sambal gesek ini kami sediakan secara berasingan dan boleh diketepikan.

Kombinasi Sambal Gesek Power dengan ulam timun dan nasi panas dengan dilengkapi pilihan lauk utama ayam kicap atau daging kicap pasti akan memberikan keunikan rasa dan keenakkan kepada anda. Nak lebih, boleh tambah telur dadar sebagai pelengkap.

Klik link untuk penghantaran.

© 2021 Tiga Budak Gemok Original. TIGA BUDAK GEMOK SDN. BHD. 201901019073 (1328402-M). All Rights Reserved.

Privacy Preference Center