Food Truck Nasi Ayam Kicap Kajang

Food Truck Nasi Ayam Kicap

Berita gembira untuk orang Kajang kerana kami dah mula berniaga di food truck Nasi Ayam Kicap Tiga Budak Gemok berhadapan Eco Bukit Mahkota Kajang. Lepas shopping di kedai Eco, boleh tapau nasi ayam kicap kami bawa pulang.

Sebut pasal Eco ni, memang kedai berhantu yang seronok nak beli belah sebab hargaya yang murah dengan pilihan yang banyak. Kami pun kalau pergi ke kedai Eco memang sorang sebakul hasilnya.

 

 

Kenapa pilih konsep food truck atau food on wheel?

Sebab utama kami pilih konsep ni supaya kami dapat berada dekat dengan semua pelanggan kesayangan kami. Semua orang mesti dapat peluang untuk menikmati menu istimewa kami.

Teringat waktu kami adik beradik kecil dulu suka makan ayam.. jadi pastinya suka makan KFC! Ya, waktu tu KFC antara makanan paling istimewa untuk special occasion macam hari jadi. Ada satu ketika KFC menggunakan konsep food on wheel, tapi yang bestnya bukan food truck tapi kitchen on trailer! Haa korang bayangkan satu dapur tu KFC buat dalam lori trailer panjang.. heret ke sana ke sini.. memang dasyat.. Mungkin sekarang dah tak dapat jumpa lagi lori trailer KFC ni kerana cawangannya dah ada di merata tempat.

Jadi antara sebab lain kenapa pilih food truck ialah kerana terinspirasi dan teringat kenangan waktu kecik dulu. Manalah tahu nanti Tiga Budak Gemok pun boleh bawa dapur kami guna trailer. Mesti bestkan.. kita buat tempat dine in skali.. doakan ye.. amin.

Jom support Food Truck Nasi Ayam Kicap Sambal Gesek marveloussss! Confirm repeat punya la..
Isnin – Khamis (JUMAAT TUTUP)
11:30pagi – 2:00petang
Tapau untuk family & kawan kawan. Mesti senyum sampai telinga

Food Truck Nasi Ayam Kicap

Kalau korang bertuah, dapat jumpa Kakak sendiri turun padang serve korang!!! Korang pernah jumpa Kakak tak?
Kakak adalah tulang belakang disebalik Tiga Budak Gemok tauu.. mehhh la singgah tapau..
Nasi Ayam Kicap legasi Tiga Budak Gemok yang akan membuatkan korang mengamit kenangan kanak kanak. Ibarat makan masakan ayam kicap mama, ibu, umi, mommy kita.

 

 

3 Budak Gemuk, Tiga Budak Gemok, 3BG, atau TBG?

“Hi nak tanya, mana satu ye yang sebenar.. 3 Budak Gemuk, Tiga Budak Gemok, 3BG, atau TBG?” – Puan Ida, Cheras.

Ramai pelanggan kami tertanya-tanya, mana satu rangkaian restoran Tiga Budak Gemok yang sebenar. Jadi untuk makluman semua, nama rasmi rangkaian restoran kami ialah Tiga Budak Gemok tapi dalam masa yang sama ada juga pelanggan yang mengenali atau menggelar kami dengan nama 3 budak gemuk atau TBG sebagai nama manja bukan rasmi. Selain dari 3 nama ini, TIDAK berkaitan dengan rangkaian restoran kami.