Kenapa "Tiga Budak Gemok"?

Nama ini merupakan gelaran yang diberikan kepada kami tiga beradik yang berbadan comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek yang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek.

Sejarah Tiga Budak Gemok

Masa kami kecik-kecik dulu, kami memang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek masakan mama. Sampai satu hari tu, kami terfikir “Kalau dapat jual ayam kicap ni, mesti best!” kakak pun ajak kami tiga beradik jual lauk favourite kami ni untuk kongsi kehebatannya dengan semua.

Segalanya bermula pada Disember 2017, masa first time kami meniaga Nasi Ayam Kicap guna payung bawah pokok dekat Wangsa Maju.

Perjalanan Kami

Walaupun penuh cabaran, kami berjaya sampai ke tahap ini dengan sokongan keluarga dan anda semua!

Nothing found.

Apa Itu Tiga Budak Gemok?

Terkenal dengan menu nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek, dan menu terbaru – daging kicap – 3 Budak Gemok menjadi fenomena viral. Walaupun menu simple, kombinasi makanan sedap yang 100% masak dengan penuh kasih sayang, dan harga berpatutan, menjadi pilihan ramai.

Saksikan perkembangan menu dan cawangan terbaru di laman web dan media sosial kami!

Kenapa "Tiga Budak Gemok"?

Nama 3 BUDAK GEMOK berasal dari tiga adik-beradik yang berbadan comel-comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek.

Resipi turun-temurun ini merupakan lauk kegemaran tiga beradik sejak dari tahun 1989!