Kenapa "Tiga Budak Gemok"?

Nama ini merupakan gelaran yang diberikan kepada kami tiga beradik yang berbadan comel sikit, iaitu Abang, Kakak dan Adek yang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek.

Sejarah Tiga Budak Gemok

Masa kami kecik-kecik dulu, kami memang suka sangat makan nasi ayam kicap dengan sambal gesek masakan mama. Sampai satu hari tu, kami terfikir “Kalau dapat jual ayam kicap ni, mesti best!” kakak pun ajak kami tiga beradik jual lauk favourite kami ni untuk kongsi kehebatannya dengan semua.

Segalanya bermula pada Disember 2017, masa first time kami meniaga Nasi Ayam Kicap guna payung bawah pokok dekat Wangsa Maju.

Perjalanan Kami

Walaupun penuh cabaran, kami berjaya sampai ke tahap ini dengan sokongan keluarga dan anda semua!

Bagaimana Kami Mula?

Berinspirasikan resipi asli Mama, kami pastikan yang rasa dan kualiti terjaga untuk pelanggan kami. Impian nak bawa Mama pergi bercuti oversea serta sokongan padu daripada keluarga merupakan pembakar semangat kami selama ini.

Rezeki yang tak disangka, Nasi Ayam Kicap Sambal Gesek kami mendapat sambutan hangat dan digilai ramai sehingga kini!

Bukan Setakat Nasi Ayam Kicap Je

Macam-Macam Lagi Kami Ada!

Signature Menu

Snek Ringan

Pencuci Mulut

Harapan & Impian Kami

Kenangan Bermakna

Untuk cipta lebih banyak kenangan bermakna dengan semua

Jaminan Kualiti

Menjadi salah sebuah perniagaan yang berkualiti di industri tanah air

Jenama Terkenal

Berkembang sebagai salah sebuah jenama terkenal di mata dunia

Ingin miliki cawangan anda sendiri? Nantikan…

LICENSING *AKAN DATANG*

Peneraju Nasi Ayam Kicap No. 1 Di Malaysia

Pastikan Ori, Baru Beli!


Kami menyokong persaingan sihat, namun, perniagaan yang menggunakan logo-logo seperti di bawah bukan di bawah naungan TIGA BUDAK GEMOK dan tidak mempunyai kaitan dengan jenama kami.

Nak cuba Nasi Ayam Kicap Kami?

Jom order di bawah ni!

ORDER SEKARANG