Kes saman “Tiga Budak Gemok Saman 3BG”

Perkembangan kes Tiga Budak Gemok saman 3BG. Kami terpanggil untuk menjelaskan berkenaan isu saman yang berlaku, apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa tindakan saman terpaksa diambil.

Apa yang terjadi?

Kami, Tiga Budak Gemok Sdn. Bhd. telah mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman ke atas seorang individu dan dua syarikat seperti diterterakan di bawah, atas dakwaan melanggar hak cipta syarikat serta pendaftaran salah cap dagangan pada 5 Ogos 2021 yang lalu.

Tiga pihak yang disamankan TIGA BUDAK GEMOK.

Jenama ‘3BG’ atau ‘3BG Ayam Kicap Sambal Power’ telah digunakan oleh individu tersebut sebagai nama perniagaan dan telah mendaftarkan perniagaan tersebut secara rasmi tanpa keizinan pihak kami.

Pihak berkenaan juga telah menggunakan logo perniagaan yang seakan logo perniagaan dan identiti kami sehingga menyebabkan kekeliruan dikalangan pelanggan.

Jenama kami, TIGA BUDAK GEMOK

Jenama 3BG dikeluarkan pihak lain

Nama dan design menu dikeluarkan 3BG vs TIGA BUDAK GEMOK

Pada mulanya kami mengalah dan terpaksa melakukan penjenamaan semula termasuk mengubah logo dan identiti asal perniagaan kami yang melibatkan kos yang tinggi dengan tujuan agar kekeliruan ini dapat diatasi tetapi masalah ini terus berlanjutan.

Kami sertakan gambar di bawah untuk mejelaskan punca kekeliruan yang berlaku. Perbandingan antara logo asal Tiga Budak Gemok dan logo 3bg. Penggunaan simbol topi chef bersama pisau dan garpu yang sama. Pemilihan warna yang sama iaitu gold (kuning emas), biru dan putih. Penggunaan tagline yang sama. Inilah punca kekeliruan dan penyamaran identiti yang berlaku.

Logo asal Tiga Budak Gemok yang ditiru oleh 3BG

Logo asal perniagaan kami telah ditiru oleh pihak mereka sehinggakan kami terpaksa merombak dan melakukan pengubahsuaian serta penjenamaan semula perniagaan kami. Perhatikan gambar di bawah, logo lama kami yang ditiru (dulu) oleh mereka dan kami terpaksa menukar kepada logo baru kami (kini) bagi menjelaskan perbezaan antara perniagaan kami dan perniagaan mereka.

Logo lama kami yang ditiru sehingga kami terpaksa melakukan penjenamaan semula dengan logo baru.

Kami juga telah berulangkali menafikan dan memberi penerangan berkenaan isu ini melalui pelbagai platform, tetapi malangnya hanya pihak kami sahaja yang bersusah payah menjelaskan isu kekeliruan ini pada pelanggan sedangkan pihak mereka terus menerus mengambil kesempatan dan menumpang identiti perniagaan kami tanpa membuat sebarang penerangan berkenaan isu ini.

Ramai yang keliru tempah 3BG dan sangka dari TIGA BUDAK GEMOK.

 

Kekeliruan yang berlaku sangat besar sehingga menyebabkan kami menganggung kerugian dan kami pula yang dimarahi serta dipersalahkan oleh pelanggan apabila berlaku masalah yang sebenarnya ditimbulkan oleh pihak lain.

Kenapa saman?

Pembukaan 3BG 

‘3BG’ atau ‘3BG Ayam Kicap Sambal Power’ telah menjalankan perniagaan secara meluas dengan membuka beberapa cawangan 3BG di beberapa negeri dan masih lagi menggunakan logo dan slogan Tiga Budak Gemok sebagai identiti perniagaan mereka. Hal ini menyebabkan orang ramai, terutamanya pelanggan setia Tiga Budak Gemok, merasa sangat keliru dengan menu dan logo yang sama dengan 3BG. Mereka seringkali mengadu kepada kami dengan mengatakan bahawa mereka telah membeli makanan dari pihak 3BG yang disangkakan perniagaan kami.

Menu keluaran 3BG.

Selain itu, kualiti makanan yang tidak sama menyebabkan orang ramai seringkali menyalahkan pihak Tiga Budak Gemok sedangkan mereka membeli di kedai 3BG.

Kami juga telah cuba untuk mewujudkan kerjasama dan meminta pihak berkenaan mengubah identiti perniagaan mereka serta membuat penerangan berkenaan isu kekeliruan ini tetapi malangnya tiada kerjasama yang diberikan.

Oleh itu pihak Tiga Budak Gemok mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman pihak 3BG kerana telah meniru sekaligus mencalarkan imej Tiga Budak Gemok secara terbuka. Secara tidak langsung ia mengelirukan orang ramai dan ia merupakan gangguan perniagaan yang salah, tidak sah dan tidak adil, selain berniat jahat dan menipu untuk mengakibatkan kerugian serta kerosakan kepada pihak kami.

Apa yang kami harapkan

Kami, Tiga Budak Gemok dengan rendah hati ingin meminta kerjasama pihak 3BG untuk tidak lagi menggunakan identiti Tiga Budak Gemok sebagai hak milik mereka dan menjalankan perniagaan mereka secara sesuka hati. Tujuan untuk kes ini dibawa kepada mahkamah kerana kami ingin memberi kesedaran kepada orang awam bahawa 3BG dan Tiga Budak Gemok merupakan perniagaan yang berbeza. Bagi yang inginkan Tiga Budak Gemok, Pastikan Ori, Baru Beli!

Keluasan Rezeki

Pihak Tiga Budak Gemok ingin merungkai kekeliruan ini untuk kebaikan dan kepentingan orang ramai terutamanya pelanggan setia kami.

Sejujurnya pihak kami tidak berniat untuk menyaman mana-mana pihak lain yang menjual menu yang sama. Kami tidak menghalang mana-mana individu untuk sama-sama mencari rezeki dalam industri ini akan tetapi, adalah tidak wajar untuk pihak lain meniru identiti korporat milik Tiga Budak Gemok.

Suka kami tegaskan di sini, isu yang timbul adalah masalah peniruan atau penyamaraan identiti dan bukan isu berkenaan produk atau menu yang sama.

Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Sebaik-baiknya kita perlu melawan setiap pemikiran buruk dan cuba untuk berfikiran lebih positif.

Buang yang keruh, dan ambil yang jernih!

Terima kasih kerana sentiasa menyokong perniagaan Tiga Budak Gemok.​​

Untuk senarai cawangan rasmi klik link https://tigabudakgemok.com.my/cawangan/

Untuk penghantaran, sila klik https://order.tigabudakgemok.com.my/en_MY