Resipi Ayam Kicap
Ok semua! Kami nak share resipi ayam masak kicap Tiga Budak Gemok versi masak di rumah. Kami akan kongsikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak berserta sukatan dan bahan tambahan pilihan yang boleh ditambah mengikut selera masing-masing. Resipi dan sukatan ini sedikit berbeza dengan versi komersial kami yang disediakan dalam kuantiti lebih banyak untuk tujuan jualan.
Bahan-Bahan Utama:
1 ekor ayam – di potong kecil (kerat 16) diperap bersama garam kunyit
7 ulas bawang merah – ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 tangkai daun kari
Kicap lemak manis – Cap Kipas Udang
(bahan-bahan utama ini sudah cukup untuk resepi ringkas yang mudah)
Bahan Tambahan (pilihan):
1 biji kentang – potong nipis dan digoreng
4 batang serai – ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Kicap pekat
Sos tiram
1 inci halia
2 biji Cili padi
1 sudu serbuk kari ayam
(bahan tambahan ini boleh letak atau tidak terpulang mengikut citarasa masing-masing)
Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland – potong bulat
1 biji tomato – belah 6
2 tangkai cili merah & hijau – belah 4
(kalau nak nampak cantik dan menyelerakan boleh letak bahan hiasan)
Cara-cara masak resipi ayam kicap:
Ayam digoreng garing secara deep fried dengan minyak yang banyak.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, bersama bahan tambahan pilihan seperti cili kisar dan serai hingga wangi.
Masukkan kicap lemak manis serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan bahan tambahan pilihan lain seperti sos tiram, susu lemak manis, kentang goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup.
Setelah kuah kicap masak, tuang dan gaulkan bersama ayam yang telah digoreng.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas dan sambal gesek power. Boleh juga ditabur dengan daun bawang.
Nak tukar citarasa?
Cuba gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
Tambah asam keping/air asam jawa jika suka.
Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Selamat mencuba! Dengan resepi yang kami kongsikan ini, boleh buat tiga versi, versi mudah dan ringkas guna bahan-bahan utama sahaja, versi upgrade dengan masukkan bahan tambahan pilihan atau versi ketiga dengan menggantikan bahan tambahan.
Kalau dah cuba, boleh kongsikan hasil masakan korang semua di ruangan komen. Kalau tak sempat masak, order sahaja dengan kami. Penghantaran terus ke rumah!
Untuk Penghantaran – https://order.tigabudakgemok.com.my/en_MY
1 Comment
Add comment Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
[…] 6. Ayam KIcap […]