3 Budak Gemuk, Tiga Budak Gemok, 3BG, atau TBG?

“Hi nak tanya, mana satu ye yang sebenar.. 3 Budak Gemuk, Tiga Budak Gemok, 3BG, atau TBG?” – Puan Ida, Cheras.

Ramai pelanggan kami tertanya-tanya, mana satu rangkaian restoran Tiga Budak Gemok yang sebenar. Jadi untuk makluman semua, nama rasmi rangkaian restoran kami ialah Tiga Budak Gemok tapi dalam masa yang sama ada juga pelanggan yang mengenali atau menggelar kami dengan nama 3 budak gemuk atau TBG sebagai nama manja bukan rasmi. Selain dari 3 nama ini, TIDAK berkaitan dengan rangkaian restoran kami.

3 Budak Gemok, Tiga Budak Gemok, 3BG, atau TBG?

 

Isu Berbangkit

Berikutan isu baru-baru ini, kami di Tiga Budak Gemok sekali lagi ingin menekankan bahawa terdapat sebuah restoran ataupun perniagaan yang kelihatan hampir serupa dengan Tiga Budak Gemok. Mereka juga menghidangkan menu identiti kami iaitu nasi ayam kicap sambal pedas serta menu tambahan yang lain. Sesetengah pelanggan mengatakan menu yang dihidang mempunyai rasa yang berbeza dan harganya juga jauh lebih mahal.

Ingin kami maklumkan, bahawa Tiga Budak Gemok tidak mempunyai cawangan di Bandar Tun Hussein Onn dan restoran tersebut TIADA kaitan dengan jenama kami dan resipi yang digunakan juga sudah tentu TIDAK ASLI. Kami sentiasa mengambil berat dalam penyediaan menu identiti Tiga Budak Gemok bagi mengekalkan rasa dan kualiti yang sama demi kepuasan pelanggan setia kami.

Oleh itu, pelanggan yang dihormati semua diminta supaya lebih berhati-hati dan membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum berurus niaga.

Identiti Kami

Tiga Budak Gemok yang terdiri daripada ABANG, KAKAK dan ADEK telah lama memperkenalkan menu identiti, iaitu nasi ayam kicap sambal power hasil air tangan ibunda tercinta sejak 1989. Sehingga kini, kami mempunyai 16 cawangan rasmi di semenanjung Malaysia.

KLIK UNTUK LIHAT SENARAI CAWANGAN RASMI ➡️ http://bit.ly/Cawangan-TBG

Sila layari laman media sosial rasmi kami untuk dapatkan info terbaru mengenai menu identiti kami yang ASLI serta promo-promo yang akan datang.

Instagram: bit.ly/Instagram-TBG
Twitter: bit.ly/Twitter-TBG
TikTok: http://bit.ly/TBG-Tiktok

Terima kasih atas sokongan anda semua. Pastikan yang ori, baru beli!

© 2021 Tiga Budak Gemok Original. TIGA BUDAK GEMOK SDN. BHD. 201901019073 (1328402-M). All Rights Reserved.

Privacy Preference Center