Suka makan pedas atau ketagih makanan pedas?

Orang kita kalau tak pedas memang tah sah. Rasa tak sempurna. Ada yang rasa tak kenyang atau tidak puas.

Kenapa ye?

Antara sebab utama kenapa orang yang suka makan pedas jadi ketagih adalah kerana makan makanan pedas akan menghasilkan RASA GEMBIRA!

Wait… WHAT???

Gembira sebab makan pedas? apa perkaitannya?

Suka makan pedas atau ketagih makanan pedas

Menurut blog rootofscience.com, badan orang yang makan makanan pedas akan menghasilkan hormon gembira secara semulajadi yang terdiri dari endorfin dan dopamin.

” Endorfin membantu kita untuk mengawal tekanan serta mengurangkan rasa sakit. Aktiviti endorfin turut meningkatkan penghasilan dopamin, dan seterusnya memberi rasa gembira.”

Ia mengembalikan mood yang ceria dan memberi rasa lebih bertenaga dan seronok.

Rasa seronok dan gembira ini menyebabkan orang yang suka makan pedas akan mengulangi tabiat ini dan rasa tidak sah jika tidak pedas. Inilah yang boleh dikatakan seolah-olah ketagihan.

Suka makan pedas atau ketagih makanan pedas

Orang yang kerap makan makanan pedas yang sama akan mula lali pada rasa pedas dan mereka akan cuba untuk menikmati hidangan yang lebih pedas dari sebelumnya.

Wow! patut la ramai pelanggan yang ketagih dengan Sambal Gesek Power Berdesing kami!

Mereka gembira rupanya…

 

Sambal Gesek Pedas

Pilihan kami, Sambal Gesek Power!

Sambal power kami yang pedas berdesing sesuai untuk mereka yang suka pedas!

Cili Gesek gabungan 3 jenis CILI PADI paling power!

Sambal gesek mengambil nama dari kaedah yang digunakan dalam penghasilan sambal ini iaitu dengan menggesek cili dan bahan lain menggunakan alat gesek khas.

Ini berbeza dengan sambal belacan yang biasanya menggunakan batu lesung untuk menumbuk.

Tidak sama dengan sambal giling yang menggunakan batu giling, sambel gesek perlu menggunakan alat menggesek sambal.

Baca lagi di sini: https://tigabudakgemok.com.my/2020/12/blog/sambal-gesek-power-pedas-sedap/

Manfaat Lain

Selain dari rasa gembira, makan makanan pedas juga boleh mengurangkan risiko KANSER!

Menurut dari laporan American Association for Cancer, capsaicin (bahan utama dalam cili yang memberi rasa pedas) mampu membunuh sel kanser dan leukemia.

Ada juga laporan yang mengatakan tabiat memakan cili akan menurunkan kolestrol dalam darah yang akan mengurangkan risiko penyakit jantung.

BONUS lain yang pasti semua orang suka ialah tabiat memakan pedas boleh membantu mengurangkan berat badan kerana sewaktu kita makan makanan pedas, kita akan membakar kalori dan berpeluh.

© 2021 Tiga Budak Gemok Original. TIGA BUDAK GEMOK SDN. BHD. 201901019073 (1328402-M). All Rights Reserved.

Privacy Preference Center