Restoran Tiga Budak Gemok

Apa itu 3 budak gemok?

Apa itu 3 budak gemok? Ia adalah trademark nama perniagaan kedai makan dan cawangan kami di seluruh Malaysia yang terkenal dengan menu nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek (Sambal Power), dan menu terbaru daging kicap.

3 Budak Gemok telah menjadi fenomena viral. Walaupun menu simple, kombinasi makanan sedap yang 100% masak dengan penuh kasih sayang, dan harga berpatutan, menjadi pilihan ramai.

Cawangan 3 budak gemok?

Cawangan-cawangan kami terdiri kombinasi kedai makan dan restoran juga kiosk dan food court. Lebih dari 15 cawangan seluruh semenanjung Malaysia yang bermula dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di Wangsa Maju, Cheras, Gombak, Gurney Mall, Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Selayang, Kota Damansara, Kelana Jaya, Shah Alam, Sunway, hingga ke Johor dan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selain dari kedai makan, restoran atau kiosk, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran/delivery di cawangan terpilih. In house delivery kami sendiri dan ada juga dengan usahasama bersama platform delivery lain seperti Food Panda dan BungkusIt.

Untuk penghantaran sekitar Kuala Lumpur layari https://tigabudakgemok.oddle.me/en_MY/

Konsep 3 budak gemok?

Kami mengadaptasi kombinasi makanan sedap seimbang (slow cook food) yang digabungkan dengan konsep makanan segera (fast food) yang mengamalkan sistem jualan yang cepat dan mudah. Kombinasi ini membolehkan kami menyediakan menu makanan sedap, sihat, seimbang dan berkhasiat pada kadar pengeluaran dan penjualan yang cepat, ringkas dan mudah untuk semua pelanggan kami.

Alhamdulillah, banyak review dan feedback yang kami terima dari pelanggan yang rata-rata berpuas hati. Namun ada juga yang memberikan kritikan membina yang kami terima sebagai cabaran untuk meningkatkan perkhidmatan dan produk kami.

Port Makan

Tidak kurang juga ada pelanggan yang memilih kedai makan kami sebagai “port makan” bersama rakan-rakan. Ada juga yang meeting dengan client sambil menjamu selera dan menikmati minuman yang kami sediakan. Ada yang memilih kami sebagai salah satu menu “must try” jika berkunjung ke lokasi yang berhampiran cawangan kami.

Kami sentiasa berusaha membawa menu familiar yang menjadi kebiasaan ramai ke tahap lebih tinggi setanding dengan jenama lain terutamanya jenama antarabangsa dari luar. Siapa kata menu Malaysian Tak POWER?

Saksikan perkembangan menu dan cawangan terbaru di laman web dan media sosial kami!

Privacy Preference Center