Ayam Masak Kicap
Secara asasnya Ayam Masak Kicap Viral ini adalah set kombinasi ayam goreng rangup disaluti dengan pes rempah ratus yang ditumis dengan kicap premium dan bawang. Seterusnya, menu ini dilengkapkan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal power. Resepi ayam masak kicap ini merupakan resepi tradisi turun-temurun keluarga. Juga terdapat pilihan menu daging kicap.
Satu menu yang tidak asing bagi semua dan boleh dikatakan menu ayam masak kicap ini satu menu yang mempunyai nostalgia dan kenangan tersendiri. Siapa yang boleh lupa kenangan disuap ibu dari mula belajar makan dan kenangan makan bersama-sama rakan disekolah. Ayam masak kicap memang menu utama kegemaran kita semua dari kecil hingga dewasa.
Resepi Ayam Masak Kicap
Resepi ayam masak kicap juga terkenal sebagai menu ekspress pilihan para ibu yang sibuk bekerja sebagai sajian untuk anak dan suami. Cepat, mudah dan semua suka!
Menu ayam kicap ini menjadi menu utama kami dan kini para ibu yang sibuk tidak perlu lagi memasak, hanya perlu bawa keluarga ke kedai makan kami atau order sahaja untuk penghantaran/delivery terus ke rumah dan pejabat.
Bagi yang baru belajar ke dapur, resepi ayam masak kicap ini adalah antara resepi pertama yang akan dicuba. Ini kerana asas kepada resepi ini hanya melibatkan beberapa bahan utama sahaja dan ianya mudah untuk dicuba.
Resepi ini antara resepi yang paling banyak variasi dan keunikan mengikut negeri. Dari Johor ke Selangor dan Kuala Lumpur, dari Cyberjaya ke Pulau Pinang, dari Kedah hingga ke Kelantan, bermacam variasi resepi ayam masak kicap dengan campuran rempah ratus tersendiri. Ada yang pedas, ada yang manis dan kami sediakan versi kami sendiri dengan gabungan sambal gesek power untuk mereka yang sukakan pedas.
Menu asas mudah yang ditambah dengan pelbagai ramuan lain akan menghasilkan menu yang dikenali sebagai Ayam Masak Hitam dan biasanya digandingkan dengan pelbagai jenis nasi seperti Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Beriani dan Nasi Hujan Panas mengikut citarasa masing-masing yang adakalanya menggunakan daging sebagai pengganti kepada ayam. Asasnya tetap dari menu ayam masak kicap. Pilihan kami, kami gandingkan menu ayam masak kicap kami dengan nasi putih sesuai untuk semua.
Kunci Utama
Kekuatan utama menu ayam masak kicap viral kami adalah pada kicapnya! Ini kerana kicap yang digunakan akan menjadi rasa utama di dalam masakan ini. Lebih kualiti kicap, lebih sedap hasilnya. Kami hanya menggunakan kicap premium berkualiti tinggi dalam penyediaan menu ayam masak kicap viral kami.
Bahan utama yang paling penting ialah ayam segar, kerana kesegaran ayam akan mempengaruhi rasa menu ayam masak kicap ini. Terdapat beberapa pilihan dalam menyediakan ayam untuk resepi ini. Ada yang memilih untuk goreng sebentar ayam sebelum dicampur bersama kuah kicap. Ada juga yang memilih untuk tidak menggoreng dahulu ayam, sebaliknya di gaul terus bersama bahan dan kuah. Keunikan kami, kami memilih untuk menggoreng dahulu ayam dengan salutan rangup bersama rempah ratus terpilih sebelum dihidangkan bersama kuah kicap istimewa kami.
Ayam segar, kicap premium berkualiti dan rempah ratus terpilih adalah kunci kepada resepi ayam masak kicap viral kami. Dari selatan hingga utara Semenanjung Malaysia, kami akan terus berusaha untuk membawakan keunikan dan keenakan menu tradisi kami kepada anda.
9 Comments
Add comment Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
[…] perniagaan kedai makan dan cawangan kami di seluruh Malaysia yang terkenal dengan menu nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek (Sambal Power), dan menu terbaru daging […]
[…] Budak Gemok diasaskan oleh tiga orang adik-beradik yang sangat suka makan nasi dengan lauk ayam kicap dan sambal yang pedas dari sejak kecil lagi. Asal di tanya nak makan apa, 3 beradik ini sepakat nak […]
[…] Sambal Gesek Power dengan ulam timun dan nasi panas dengan dilengkapi pilihan lauk utama ayam kicap atau daging kicap pasti akan memberikan keunikan rasa dan keenakkan kepada anda. Nak lebih, boleh […]
[…] NASI AYAM KICAP CAWANGAN CHERAS 2 MINGGU JE! JIMAT 20% / PENGHANTARAN PERCUMA NASI AYAM KICAP SAMBAL PEDAS ORI DI CAWANGAN […]
[…] dengan menu ASLI dan ORIGINAL nasi panas, ayam kicap, cili pedas gesek, serta menu terbaru – daging kicap yang menyelerakan, nama unik ni berasal dari […]
[…] : Suka makanan pedas? Kalau ya, cubalah Nasi Ayam Kicap Cili Gesek Power di Tiga Budak Gemok. Ayam goreng mereka disaluti dengan pes bawang homemade yang […]
[…] Putih | Ayam Kicap | Daging Kicap | Tempe Crispy | Telur Dadar | Sambal Gesek | […]
[…] semua! Kami nak share resipi ayam masak kicap Tiga Budak Gemok versi masak di rumah. Kami akan kongsikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak […]
[…] Ayam kicap marveles Sambal pedas power Telur dadar sedap Nasi putih gebu Timun segar PERCUMA! Air sirap! […]